Pra-Tempahan Sekarang! Samsung Galaxy Note9 Ditawarkan Pada Harga RM3,699 (128GB) & RM4,599 (512GB)

191
**********

Baru sahaja habis menonton pelancaran rasmi Samsung Galaxy Unpacked 2018, ketersediaan Galaxy Note9 mulai 24 Ogos 2018. Pada masa yang sama juga, pihak Samsung Malaysia telah berkongsi harga jualan rasmi untuk Galaxy Note9 dan tawaran pra-tempahan.

Harga jualan bagi Galaxy Note9 terdapat dalam dua varian, iaitu 128GB dan 512GB, masing-masing ditawarkan pada harga RM3699 dan RM4599 dengan tiga pilihan warna.

Model Memori Warna RRP (RM)
Galaxy Note9 128GB Ocean Blue
Midnight Black
Metallic Copper
RM3,699
512GB Midnight Black RM4,599

 

Pra-tempahan dengan promosi terhad akan bermula 10 Ogos hingga 19 Ogos, pelanggan yang membuat pra-tempahan varian 512GB akan menerima Gear Sport, Gear Sport Strap dan Pengecas tanpa wayar bernilai RM1,531, sementara pra-tempahan bagi varian 128GB akan mendapat Gear Sports bernilai RM1,219 secara percuma.

Kalau berminat, boleh membuat pra-tempahan di laman rasmi Samsung mulai hari ini.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here