Pengumuman Kemaskini GPU Turbo Pada Huawei nova 3i Telah Rasmi

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan kehadiran kemaskini GPU Turbo pada siri nova terbaru mereka, nova 3i. Seperti yang diketahui, GPU Turbo dapat meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sehingga 60% serta mengurangkan penggunaan tenaga bateri.

Buat masa kini hanya permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends sahaja menyokong GPU Turbo, menurut Huawei akan bertambah lagi permainan pada masa akan datang. Pengguna Huawei nova 3i boleh mula menyemak kemaskini pada peranti anda, usah risau kerana ia akan diedarkan secara berperingkat.

Baca Juga:

 

 

You might also like