Pengumuman Kehadiran Neffos P1 – Peranti Projektor Terbina-Dalam

520
**********

Pada bulan Julai yang lalu, TP-Link telah memperkenalkan barisan peranti baharu masing-masing terdiri daripada X9, C9, C9A dan C7A. Dalam majlis pelancaran tersebut juga ada mengumumkan peranti yang memfokuskan pada ciri projektor yang dikenali sebagai Neffos P1.

Hari ini secara rasminya peranti ini diumumkan oleh pihak TP-Link, dengan projektor terbina-dalam Neffos P1 boleh dikatakan sebuah peranti pintar yang mampu menawarkan hiburan tontonan video yang paling baik. Peranti ini berupaya memaparkan kandungan HD pada dinding dengan imej mencecah sehingga 200 inci.

Neffos P1 menggunakan sistem mikro-elektro-mekanikal gred ketenteraan Amerika atau teknologi laser MEMS, serta pancaran cahaya tiga warna bagi menghasilkan imej yang jelas dan beresolusi tinggi. Sokongan nisbah kontras 5000:1 menjanjikan paparan imej lebih baik berbanding sesetengah projektor DLP yang hanya menyokong sehingga 400:1.

Kapasiti bateri sebesar 4,000mAh sangat sesuai digunakan pada Neffos P1, selain itu turut dilengkapi paparan skrin 5.5 inci FHD, cip grafik Mali-T860 MP2 dan 4GB RAM. Neffos P1 mempunyai ketebalan hanya 10mm dengan berat 203g, akan dijual di pasaran terpilih pada harga yang sangat kompetitif mulai tahun ini.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here