Pelancaran Bersejarah Samsung Galaxy Note9 – Dijual Mulai 24 Ogos 2018

257
**********

Peranti pintar berkeupayaan tinggi Samsung Galaxy Note9 kini diraihkan bersama 2000 orang bertempat di Arena Axiata, Bukit Jalil. Peningkatan ketara yang menggabungkan kuasa, produktiviti, ketahanan unggul serta hiburan penuh menjadikan siri Note terbaru ini berkuasa besar di kalangan peranti lain sedia ada di pasaran.

Dalam majlis pelancaran ini, pasukan demo Taekwondo terkemuka dunia, K-Tigers juga mempersembahkan seni mempertahankan diri yang digemari ramai. Seni ini melambangkan ketangkasan dan kuasa sepertimana kekuatan yang ditawarkan pada Note9.

Tiga pilihan warna, Midnight Black, Metallic Copper, Ocean Blue

Ciri-ciri premium seperti paparan Infiniti 6.4 inci Super AMOLED QHD+ HDR, cip pemproses Exynos 9810, 6GB/8GB RAM dan 128GB/512GB bersama kad microSD sehingga 512GB, kapasiti bateri sebesar 4,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas, serta kalis air dan debu IP68 tidak ketinggalan dibekalkan pada Note9.

Tambahan lagi kombinasi dwi kamera 12MP + 12MP dengan aperture f/1.5-f/2.4 + f/2.4 yang menyokong zum optikal 2x, dibawah bantuan sistem OIS membolehkan Note9 bukan sahaja sebuah peranti flagship yang berproduktiviti, malah juga merupakan peranti hiburan yang sungguh berproduktif.

Di samping itu, kehadiran S-Pen boleh dikatakan mempunyai peningkatan yang ketara. Sokongan Bluetooth terbina dalam membolehkannya berfungsi sebagai alat kawalan jauh sama ada mengambil gambar, membuat pembentangan, mengawal pemain muzik atau video.

Galaxy Note 9 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,699 untuk varian 128GB, dan RM4,599 untuk varian 512GB. Bagi yang berminat boleh dapatkan mulai 24 Ogos di laman e-dagang terkenal seperti Lazada, 11street, Shopee, SenHeng, Courts, Harvey Norman dan Bintang Maju Commercial, atau telco tempatan seperti Celcom, Maxis, U Mobile dan Yes dengan tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue.

 

Baca Juga:

 

Unboxing! Samsung Galaxy Note9 ↓↓↓

 

 

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here