OPPO F9 – Peranti Stylo Dengan Pengecasan Pantas VOOC Berharga RM1,399

411
**********

Peranti terbaru OPPO di bawah siri F, iaitu OPPO F9 telah menyambut pelancaran rasminya bersama duta OPPO Neelofa dan penyanyi Taiwan terkenal Eric Chou. Peranti ini masih kekal memfokuskan pada keupayaan swafoto dengan kamera hadapan 25MP yang turut menyokong teknologi AI Beauty 2.1.

Kedudukan lensa kamera hadapan tepat pada tempat skrin “titisan air”, bermakna paparan 6.3 inci ini dioptimasikan sepenuhnya tanpa rekaan takuk yang tidak berapa disukai ramai sejak diperkenalkan.

Manakala kamera utama dibekalkan dwi lensa dengan resolusi 16MP + 2MP, dikhabarkan kamera ini mempunyai hasil yang sangat terperinci dan boleh setanding dengan gambar studio.

Bagi kuasa dalamannya, cip pemproses MediaTek Helio P60 bersama 4GB/6GB RAM dan 64GB ROM dilengkapi dalam badan yang mempunyai bateri berkapasiti 3,500mAh. Fokus utama pada OPPO F9 selain keupayaan swafoto, pengecasan pantas VOOC juga merupakan watak utama kerana ia merupakan peranti di bawah siri F yang pertama menyokong teknologi ini.

Slogan “5 minute charge 2 hours talk” jelas memperlihatkan kelajuan teknologi VOOC dalam arena pengecasan bagi pengguna menikmati dunia peranti mudah alih sepenuhnya tanpa persoalan ketahanan bateri.

Starry Purple

Panel belakang OPPO F9 juga menawarkan kombinasi warna cerun yang sangat unik, warna kerangka akan berubah mengikut sudut pencahayaan yang berlainan. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple, mana satu pilihan anda?

OPPO F9 tersedia dengan tawaran hara RM1,399. Sesi untuk pra-tempahan dari 16 Ogos 2018 dan ikuti di kedai konsep rasmi OPPO, pengedar sah dan rakan kongsi e-dagang seperti Lazada, 11street dan Shopee.

Yang berminat boleh beli di Celcom Blue Cube, Senheng serta SenQ sebagai alternatif. Unit pra-tempahan boleh mengutip pada hari jualan pertama pada 30 Ogos 2018.

 

Baca Juga:

 

Unboxing! OPPO F9 ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here