Miliki Huawei nova 3i Dengan Pelan Menarik Dari Telco Tempatan

Dilengkapi dengan dwi kamera hadapan 24MP + 2MP yang berkuasa, nova 3i yang hadir dengan rekaan moden berjaya mencapai hasil jualan yang terunggul pada 28 Julai Sabtu lepas. Berikutan jelajah yang memberangsangkan, kini anda boleh memiliki peranti baharu ini dengan tawaran lagi menarik dari telco tempatan terkenal.

 

Celcom – Miliki Huawei nova 3i secara PERCUMA

Miliki nova 3i secara PERCUMA apabila pelanggan mendaftar pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum pada RM148 sebulan, di mana anda boleh menikmati Panggilan Tanpa Had dengan Internet 60GB. Tambahan lagi, pelanggan Celcom juga akan mendapat iflix VIP Akses Streaming tanpa had, serta 100GB Super Video Walla™ secara percuma.

Pelan Celcom

 

Digi – Miliki Huawei nova 3i Hanya RM1 & Dapatkan Data Internet Tambahan 60GB Secara PERCUMA

Pelanggan Digi boleh membeli nova 3i hanya RM1 dengan Pelan Digi Postpaid 190 dan 160, di samping juga menawarkan panggilan tanpa had, 100GB dan 70GB masing-masing untuk data Internet rumah. Malah pelanggan Digi masih boleh berhubung dengan keluarga dan rakan apabila berada di luar negara dengan 5GB Internet Data + panggilan 60 minit secara percuma.

Pelan Digi

Lebih banyak hadiah turut ditawarkan untuk pengguna nova, Digi telah mengumumkan pelan 60GB Internet Data percuma untuk semua pelanggan baharu Huawei nova 3i. Secara eksklusif untuk pelanggan Digi, tawaran ini boleh digunakan untuk pendaftaran baru, penukaran telco, dan pelanggan pascabayar (mudah alih) sedia ada yang menggunakan pelan Digi Postpaid 80 dan ke atas, tidak termasuk pelan Digi Postpaid Family.

Pelanggan Digi perlu membeli nova 3i di mana-mana Huawei Experience Store, Display Zone atau pengedar sah, kad Keahlian Nova akan diberikan untuk menebus kod promosi 60GB Internet percuma.

Tempoh promosi: 1 Ogos hingga 30 September 2018

 

Maxis – Miliki Huawei nova 3i Hanya RM1

Pelanggan Maxis juga boleh membeli nova 3i hanya dengan RM1, apabila mereka mendaftar untuk pelan MaxisONE 158 dengan kontrak 24 bulan. Pelan MaxisOne 158 datang sekali dengan data Internet 50GB tanpa sekatan hari minggu atau hujung minggu, serta panggilan tanpa had dan SMS. Promosi ini bermula 28 Julai 2018.

Pelan Maxis

 

Baca Juga:

 

You might also like