Menangi OPPO F9 Sempena Konsert HaVOOC – Kolaborasi OPPO Dengan TV3

1158
**********

Sempena dengan pelancaran rasmi peranti baharu dari OPPO, iaitu F9, kini OPPO Malaysia bekerjasama dengan saluran TV tempatan, TV3 untuk menyampaikan konsert HaVOOC pada 26 Ogos 2018, bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Konsert HaVOOC dihadiri bersama artis dan selebriti tempatan seperti Ayda Jebat, Khai Bahar, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Diketuai oleh Elfira Loy dan Issey, artis dan selebriti akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team VOOC dan Team Color. Team VOOC terdiri daripada Ayda Jebat, Achey Bocey, Aiman TIno dan Nabila Razali; manakala Team Color diwakili oleh Khai Bahar, Mark Adam, Ernie Zakri dan Kaka Azraf. Konsert ini bertambah meriah lagi kerana tetamu khas Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson akan membuat penampilan khas mereka dan menyertai pasukan semasa konsert.

Kedua-dua pasukan akan mempunyai pelbagai persaingan di atas pentas, dan peminat boleh mengundi pasukan kegemaran mereka di laman rasmi untuk memenangi OPPO F9, sebanyak empat unit akan diberikan secara PERCUMA.

Pengundi perlu memuat naik gambar swafoto di Instagram sama ada dengan tanda V (jika menyokong Team VOOC dan hashtag #MYVOOCteam di pos), atau jari berbentuk hati (jika menyokong Team Color dan hashtag #MYColorteam di pos). Empat pemenang bertuah akan diumumkan semasa konsert pada 26 Ogos 2018.

Maklumat lanjut, layari:

 

Unboxing! OPPO F9 ↓↓↓

 

 

7 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here