Memperkenalkan Acer Swift 7 – Laptop Paling Nipis Di Dunia Berharga RM6,399

262
**********

Acer Day yang mendapat sambutan meriah pada tahun lepas, kini kembali dengan promosi menarik di samping juga memperkenalkan peranti baharu kepada peminat Acer. Selain Predator Helios 300 Edisi Khas dilancarkan, satu lagi komputer riba berkuasa turut diperkenalkan iaitu Acer Swift 7.

Acer Swift 7 merupakan komputer riba 4G LTE paling nipis di dunia dengan ketebalan hanya 8.98mm, di bawah unibodi aluminium serba hitam ini ia menawarkan pemproses Intel® CoreTM generasi ke-7, memori LPDDR3 8GB dan 256GB PCle SSD.

Paparan skrin 14 inci IPS FHD hadir bersama bezel nipis dan dilindungi oleh Gorilla Glass, sudut pandang yang luas sehingga 170 darjah menjanjikan setiap sudut boleh dilihat dengan jelas. Spesifikasi dalaman yang lain termasuk juga jangka hayat bateri selama 10 jam, serta pengimbas cap jari yang tidak lagi memerlukan kata kunci dan boleh daftar masuk lebih selamat menerusi Windows Hello.

Acer Swift 7 ditawarkan pada harga RM6,399 yang datang sekali dengan bekas pelindung, adapter USB Type-C ke HDMI dan adapter USB Type-A di dalam kotak pembungkusan. Dapatkan mulai hari ini di semua Stor Dalam Talian Rasmi Acer dan penjual sah di seluruh negara.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here