Maxis Memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Fiber Pantas Pada Harga Serendah RM89/Sebulan

820
**********

Maxis hari ini melancarkan pelan jalur lebar fiber pada harga serendah RM89 sebulan!

Bagi pengguna am, pelan 100Mbps ditawarkan pada harga RM129 sebulan, manakala pelan 30Mbps pada harga RM89 sebulan. Untuk pelanggan perniagaan pula, mereka boleh menggunakan pelan 100Mbps pada harga RM139 sebulan, dan 30Mbps untuk RM99 sebulan, termasuk pilihan perkhidmatan gred perniagaan yang ‘Sentiasa Terhubung’ dan pelbagai manfaat tanpa risau.

Selain itu, pelan 100Mbps ini juga menawarkan panggilan suara tanpa had dan telefon DECT secara percuma, manakala pelanggan yang mendaftar untuk pelan 30Mbps boleh memilih tawaran ini.

Sesiapa sahaja boleh membuat pra-pendaftaran dengan serta-merta di laman rasmi Maxis, pelanggan sedia ada Maxis juga boleh mendaftar kepada pelan baharu ini, hanya perlu mengisi borang di laman web. Pelan baharu ini akan ditawarkan mulai 13 September 2018 nanti.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here