Kad Jemputan Sudah Terima! OPPO F9 Rasmi Pada 16 Ogos 2018

162
**********

OPPO Malaysia tiba-tiba mendedahkan gambar acah bagi model siri F terbaru mereka, iaitu F9 pada akhir bulan Julai. Peranti dengan rekaan skrin takuk mirip titisan air ini selain tampil dengan warna cerun pada panel belakangnya, penggunaan dwi kamera utama juga merupakan salah satu fokus utama pada peranti baharu ini.

Baca Juga:

Hari ini secara rasminya kami telah menerima kad jemputan dari pihak OPPO, peranti F9 akan dilancarkan pada 16 Ogos 2018 nanti. Apakah ciri-ciri menarik selain kamera, pengecasan pantas dan skrin takuk titisan air, kita nantikan maklumat lanjut hari pelancaran.

Eric Chou, penyanyi terkenal dari Taiwan, serta pelakon dan usahawan tempatan, Neelofa juga akan menghadiri sidang media OPPO F9.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here