Honor Play – Peranti Gaming Pertama Dengan GPU Turbo Kini Rasmi Berharga RM1,249

627
**********

Peranti yang ditunggu-tunggu lama oleh kaki gamer, kini rasmi di Sunway Pyramid. Peranti gaming pertama honor Play yang hadir bersama teknologi GPU Turbo ini mempunyai reka bentuk yang moden, sesuai untuk pemuda-pemudi yang stylo.

Selain GPU Turbo yang berperanan dalam meningkatkan kelancaran grafik peranti semasa bermain permainan berat, ia juga mampu mengurangkan penggunaan tenaga. Walaupun teknologi ini hanya menyokong pada permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends buat masa kini, namun ia akan diperkembangkan lebih banyak lagi di masa hadapan.

warna ultra violet dan navy blue sesuai untuk lelaki dan perempuan

Peranti berasaskan Android 8.1 Oreo bersama EMUI 8.2 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin 970, selain Huawei P20, Honor 10 dan Huawei nova 3. Memori dalamannya disertai dengan 4GB RAM dan 64GB ROM, sokongan kad microSD tidak ketinggalan pada peranti berkapasiti bateri 3,750mAh ini.

Pandang Pertama: honor Play, Peranti Gaming Pertama Dengan Teknologi GPU Turbo

Paparan skrin 6.3 inci FHD+ dengan bezel nipis sangat sesuai untuk bermain permainan, tambahan nisbah skrin 19:9 tampil lebih selesa lagi. Di samping sebagai peranti gaming, kualiti penggambaran honor Play juga tidak kalah peranti yang memfokuskan pada kamera.

Teknologi AI masih dibekalkan pada honor Play, kamera utama mempunyai dwi lensa beresolusi 16MP + 2MP dengan sokongan LED flash, manakala kamera hadapan beresolusi 16MP. Mod potret, AR lens, Aperture, Panorama, Filter, Light Painting, Slow-Mo, Artist mode, 3D Creator dan banyak lagi pilihan disediakan.

Honor Play ditawarkan pada harga RM1,249 mulai 10 Ogos di seluruh negara dengan hadiah percuma (sementara stok habis). Tawaran harga ini boleh dikatakan sangat kompetitif untuk peranti Kirin 970.

Promosi Pra-tempahan dari 7-9 Ogos
  • hihonor: Menangi ticket ke Germany, Baucer eksklusif PUBG Mobile, Honor Play Gaming skrin protector, Honor Play PC Casing dan baucer RM100 hihonor secara percuma.
  • Shopee: Promosi sama seperti hihonor, yang berbeza hanya RM100 Shopee Coin diberikan.

 

Promosi Jualan rasmi dari 10-12 Ogos
  • hihonor: Baucer RM100, baucer eksklusif PUBG Mobile, Honor Play skrin protector, Honor Play PC case
  • Shopee/Lazada/11street/SenQ: Baucer eksklusif PUBG Mobile, Honor Play skrin protector, Honor Play PC Case

 

Roadshow dengan tawaran istimewa turut diadakan pada 10-14 Ogos di IOI City Mall
Spesifikasi honor Play
  • Android 8.1 Oreo, EMUI 8.2
  • HiSilicon Kirin 970, GPU Turbo
  • 4GB RAM, 64GB ROM (sokong kad microSD)
  • 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • 157.9 x 74.3 x 7.5mm / 176g
  • Kamera Utama: 16MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera Hadapan: 16MP (f/2.0)
  • Bateri 3,750 mAh, Pengecasan Pantas
  • USB Type-C
  • Pilihan warna: Ultra Violet, Navy Blue

 

Eksklusif! Unboxing honor Play ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here