Honor Note10 Rasmi Di Pasaran China Bersama Spesifikasi Premium

291
**********

Hari ini honor secara rasminya mengumumkan kehadiran honor Note10, sebuah peranti yang menyokong spesifikasi premium.

Seperti yang disebarkan di laman sesawang sebelum pelancaran, honor Note10 hadir dengan kapasiti bateri yang sangat besar, iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 5V/4.5A. Bateri berkuasa ini sangat dinanti-nantikan oleh kaki gamer kerana menurut honor, anda boleh bermain permainan Arena of Valor selama 6.5 jam atau menonton video FHD selama 15 jam.

Selain bateri yang besar, skrin berukuran 6.95 inci AMOLED juga dipadankan pada honor Note10 bersama cip pemproses terkini Kirin 970, 6GB/8GB RAM dan 64GB/128GB ROM.

Butang khas

Sokongan teknologi GPU Turbo tidak dilupakan juga, pada masa yang sama juga menawarkan sokongan CPU Turbo, di mana sebuah butang khas disediakan untuk memberikan kuasa tambahan semasa bermain permainan.

Kuasa penggambaran juga hebat, dilengkapi dengan dwi kamera utama 24MP (Monochrome) + 16MP (RGB) bersama f/1.8 aperture, AI scene detection dan AIS untuk mengelak getaran semasa mengambil gambar malam. Kamera hadapan pula beresolusi 13MP f/2.0 aperture, juga menyokong AI Portrait.

Harga jualan untuk honor Note10 varian 6GB+64GB adalah CNY2799 (~RM1674), 6GB+128GB adalah CNY3199 (~RM1910) dan 8GB+128GB adalah CNY3599 (~RM2149). Buat masa ini hanya dijual di pasaran China sahaja.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here