Honor 10 Bersiap Sedia Menerima Kemas Kini GPU Turbo

146
**********

Esok kita akan menyambutan kehadiran honor Play, sebuah peranti gaming yang mendapat sokongan dari teknologi GPU Turbo. Sebelum itu pihak honor juga menjanjikan akan menawarkan kemas kini yang sama pada honor 10.

Baca Juga: Pandang Pertama: honor Play, Peranti Gaming Pertama Dengan Teknologi GPU Turbo

Baru-baru ini, dari honor global telah mula mengedarkan perisian kemas kini GPU Turbo untuk honor 10. Selain peningkatan grafik dan penjimatan penggunaan bateri akan lebih jelas setelah kemas kini ini, sistem Penstabilan Imej Automatik (AIS) untuk mengurangkan kabur dan menstabilkan gambar serta video pada kamera juga hadir sekali pada kemas kini kali ini.

Hands-on! honor 10 ↓↓↓

Bagi pengetahuan anda, Huawei nova 3i yang baru sahaja dilancarkan juga akan menerima kemas kini GPU Turbo bermula 8 Ogos nanti.

Baca Juga:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here