Harga Rasmi Sony Xperia XZ2 Premium – RM3,499

Setelah empat bulan menunggu ketibaan Sony Xperia XZ2 Premium, akhirnya Sony Mobile Malaysia mengumumkan harga rasmi peranti premium ini pada RM3,499.

Peranti ini merupakan peranti pertama Sony yang hadir dengan konfigurasi dwi-kamera, di mana lensa 19MP dibekalkan pada kamera utama dan 13MP pada kamera hadapan. Selain itu, dilengkapi paparan skrin 5.8 inci 4K HDR dan RAM sebesar 6GB serta storan 64GB yang mampu menyokong kad tambahan microSD sehingga 400GB.

Sistem dalamannya dilengkapi cip pemproses Snapdragon 845, bateri 3,540mAh mendapat sokongan dari Quick Charge 3.0, Mod Stamina serta Qnovo Adaptive Charging.

Peranti ini boleh dibeli di pengedar sah Sony di seluruh negara, promosi terhad** turut ditawarkan di stor atas talian Sony, di mana setiap pembelian akan mendapat Wireless Noise Cancelling Headphones for Sports (warna hitam), Casing pelindung dan pelindung skrin secara percuma.

**Promosi ini sah sehingga 02 September 2018 sementara stok masih ada.  

 

 

You might also like