Bertemu Huawei nova 3 Lebih Awal – Mulai 11 Ogos 2018

Bulan Julai kita telah menyambut kehadiran siri nova terbaru dari Huawei Malaysia, iaitu nova 3i dan nova 3. Seperti yang diketahui, penjualan nova 3i yang bermula 28 Julai yang lalu telah menerima sambutan memberangsangkan, justeru itu peranti yang setanding peranti flagship nova 3 juga mengambil giliran akan bermula dijual tidak lama lagi.

Pada majlis pelancaran yang lalu, pihak Huawei memberitahu bahawa nova 3 akan bermula dijual pada 17 Ogos, tetapi hari ini telah mendapat pengesahan dari Huawei jualan rasmi akan bermula pada 11 Ogos nanti dengan tawaran harga RM1,899.

Huawei nova 3 mempunyai spesifikasi dalaman yang lebih berkuasa berbanding nova 3i, seperti cip pemproses Kirin 970, 6GB RAM dan 128GB ROM, serta dwi kamera utama 16MP + 24MP dan kamera hadapan 24MP + 2MP.

Unboxing Huawei nova 3 ↓↓↓

 

Spesifikasi Huawei nova 3
  • Sistem Operasi: Android 8.1 Oreo berdasarkan EMUI 8.2
  • CPU: HiSilicon Kirin 970 (4x Cortex A73 2.36GHz + 4x Cortex A53 1.8GHz)
  • Skrin: 6.3 inci FullView Display 2.0 FHD+, Nisbah 19:5:9 (2340 x 1080)
  • Kamera Utama: 24MP + 16MP, f/1.8 + f/1.8 aperture, PDAF
  • Kamera Hadapan: 24MP + 2MP, f/2.0 + f/2.4 aperture
  • RAM: 6GB
  • ROM: 128GB (sokong microSD)
  • Bateri: 3,750mAh, sokong Huawei Super Charge
  • Slot SIM: Dual SIM (Nano SIM + Nano SIM/microSD)
  • Ciri Menarik: Pengimbas Cap Jari, Pengecaman Wajah, IR Face Unlock, Qmoji, AI Gaming Suite
  • Dimensi: 157 x 73.7 x 7.3mm, 166g

 

Baca Juga: 

 

You might also like