Beli Huawei nova 3 & Dapat Hadiah Percuma Bernilai RM1,000

196
**********

Penjualan rasmi Huawei nova 3 akan bermula pada 11 Ogos (Sabtu) jam 10 pagi di stor Huawei, Pavillion Elite. Sempena jualan khusus ini, pelanggan yang memakai pakaian berwarna merah layak mendapat hadiah percuma bernilai RM1,000 dengan setiap pembelian Huawei nova 3.

Harga jualan rasmi Huawei nova 3 adalah RM 1,899, tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Iris Purple, Merah dan Hitam. Antara hadiah percuma termasuk kad Nova Privilege, Huawei A2 Band, Huawei Bluetooth Earpiece AM61 dan banyak lagi ( sementara stok masih ada).

Dalam majlis jualan khusus ini juga, anda berpeluang bertemu dengan selebriti tempatan terkenal seperti Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hafeez Mikail dan Hael Husaini.

Huawei nova 3 adalah peranti siri Nova terbaru yang hadir dengan spesikasi setanding flagship, tetapi dengan harga lebih mesra pengguna. Dilengkapi dengan paparan skrin 6.3 inci FHD+, cip pemproses terkini Kirin 970, 6GB RAM dan 128GB ROM, bateri berkapasiti 3,750mAh dan teknologi GPU Turbo.

Ciri utama yang diketengahkan pada nova 3 adalah kehadiran empat kamera, di mana 16MP + 24MP sensor pada kamera utama, serta 24MP + 2MP kamera hadapan yang sama-sama hadir dengan teknologi Master AI.

Unboxing Huawei nova 3 ↓↓↓

 

Yang berminat warna merah, jangan terlepas peluang mendapat hadiah percuma menarik ini! Maklumat lanjut layari laman FB Huawei Malaysia.

 

Baca Juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here