ASUS ROG Zephyrus S – Rekaan Nipis Siri Zephyrus Ketiga Diperkenalkan

297
**********

Selain ASUS ROG Strix SCAR II baharu diperkenalkan, sebuah lagi laptop yang memfokuskan kebolehan gaming menyerupai desktop tetapi lebih pada reka bentuk laptop turut diperkenalkan, iaitu ASUS ROG Zephyrus.

Laptop terbaru ini merupakan siri Zephyrus yang ketiga diperkenalkan, masih kekal dengan rekaan nipis yang lebih selesa dibawa. Ukuran 15.6 inci paparan IPS FHD dibekalkan pada badan senipis 15.75mm, bersamanya kadar segar semula 144Hz dengan sela-masa serendah 3ms sahaja.

Ruangan kosong pada papan kekunci juga dikekalkan, di mana bahagian ini menempatkan CPU Intel Core i7-8750H dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Max-Q. Storan dalaman Zephyrus S hadir dengan 24GB DDR4 RAM, storan SSD M.2 PCIe 512GB serta storan tambahan SSD M.2 PCIe 256GB/512GB/1TB.

Fungsi Armoury Crate juga tersedia dalam Zephyrus S, sekaligus sistem penyejukan Active Aerodynamic System (AAS) yang mampu menyejukan komponen laptop dan menjamin kelancaran laptop ini. Buat masa kini masih tidak diketahui bila akan masuk ke pasaran tempatan.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here