ASUS ROG Strix SCAR II – Laptop Gaming Pertama Dengan Paparan 17 Inci

301
**********

Acara Computex 2018 yang berlangsung pada Jun lalu telah memperlihatkan ASUS ROG Strix Hero II dan ROG Strix SCAR II, kini ada varian baharu lagi dari pihak ASUS ROG.

ASUS ROG Strix SCAR II terbaru ini hadir dengan paparan skrin 17 inci pada resolusi sehingga 4K UHD, menjadikan ia sebuah laptop gaming yang pertama dengan paparan skrin besar. Kadar segar semula 144Hz turut ditawarkan, bersama dengan sistem penyejukan HyperCool Pro memastikan laptop berada di keadaan yang paling baik dengan menjamin kelancaran pada setiap operasi.

Kuasa dalamannya dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core i7-8750H bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB, kombinasi ini dapat menjamin pemprosesan yang lancar dan berkuasa pada Strix SCAR II. Di bawah laptop ini turut menyokong 32GB DDR4 RAM dan storan SSD PCIe M.2 bersama storan tambahan 1TB SSHD.

ASUS juga memperkenalkan platform bersatu yang meletakkan tetapan paling penting di hujung jari pemain, perkenalan Armory Crate kini meliputi tetapan sistem dan pencahayaan Aura Sync, di mana terdapat empat profil yang secara automatik akan menyeseuaikan keutamaan anda untuk permainan dan aplikasi tertentu.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here