Aplikasi musical.ly Dan TikTok Kini Bergabung Menjadi Satu

323
**********

Dua aplikasi video pendek terhangat dunia, musical.ly dan TikTok hari ini mengumumkan gabungan menjadi aplikasi global baharu dengan pelbagai naiktaraf.

Gabungan ini akan kekal balik nama Tik Tok, dengan menggabungkan ciri-ciri terbaik dari kedua-dua aplikasi ini dengan paparan yang mengetengahkan komuniti pengguna, di samping penambahan paparan “Untuk Anda” (For You) yang menghimpunkan cadangan video yang diperibadikan berdasarkan corak tontonan pengguna.

Aplikasi ini juga memperkenalkan ciri-ciri baharu termasuk:

  • Fungsi “reaksi” (reaction) yang membolehkan pengguna memberikan reaksi terhadap video rakan-rakan terus dari telefon
  • Ciri-ciri kreatif yang dipertingkatkan seperti penapis isyarat interaktif (interactive gesture filters) yang meliputi seluruh badan menyahkuncikan fungsi-fungsi seperti efek kamera cermin “karnival” (funhouse)
  • Penapis reality maya (VR) yang boleh diaktifkan dengan hanya mengelipkan mata
  • Efek latar skrin hijau

TikTok boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play, sementara pengguna musical.ly yang sedia ada akan dinaiktarafkan secara automatik ke TikTok apabila mereka mengemaskini aplikasi semasa.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here