40 Kakitangan Maxis Berhad ‘Turun Padang’ Sertai Inisiatif ‘Green-Up’

136
**********

Baru-baru ini, seramai 40 orang kakitangan Maxis Berhad bersama-sama turun padang ke Hutan Simpan Raja Musa, Selangor untuk menanam sebanyak 200 pokok dalam masa satu hari sebagai sebahagian daripada inisiatif, Maxis Green-Up .

Aktiviti penanaman pokok itu dianjurkan bertujuan membantu pemulihan tanah gambut yang rosak selain memupuk amalan hijau dalam kalangan para kakitangan syarikat telekomunikasi itu dalam usaha mengurangkan jejak karbon dunia.

Selain itu, menerusi aktiviti itu juga para kakitangan turut dapat memahami mengenai kepentingan memelihara dan melindungi khazanah alam serta mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok.

Selain aktiviti penanaman pokok, Maxis Green-Up turut memperkenalkan beberapa lagi aktiviti lain seperti ikrar untuk tidak menggunakan straw plastik, pengumpulan e-waste dan bengkel upcycling, di mana kakitangan diajar bagaimana untuk menukar bahan buangan menjadi barang buatan sendiri yang menarik.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here