4 Ciri Utama Pada Samsung Galaxy Note9

286
**********

Seluruh dunia akan bersama-sama meraihkan ketibaan siri Note terbaru, Samsung Galaxy Note9 pada acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2018 pada 9 Ogos jam 10 malam.

Sebelum pelancaran, lambakan spesifikasi tertiris di laman sesawang selain maklumat yang dikongsi bersama dari pihak Samsung sendiri. Jadi, kami di sini telah menyenaraikan empat ciri utama yang akan diperlihatkan pada Galaxy Note9.

Baca Juga:

 

Rekaan

Reka bentuk Galaxy Note9 telah diperbaharui dengan kedudukan pengimbas cap jari telah dipindah ke bawah kamera utama.

S Pen

S Pen yang lebih berkuasa dengan sambungan Bluetooth akan hadir pada Galaxy Note9, tambahan lagi tawaran warna S Pen yang lebih segar.

Bateri

Ketahanan bateri amat penting terutama pada peranti flagship, Galaxy Note9 memperlihatkan bakal hadir dengan sokongan kapasiti yang lebih besar.

Storan

Storan dalaman yang besar 512GB akan dibekalkan pada Galaxy Note9, malah sokongan kad microSD sehingga 512GB turut menjadikan peranti flagship ini lebih berkuasa pada keupayaan penyimpanan data.

 

Dengan ciri-ciri berkuasa di atas, harga jualan Samsung Galaxy Note9 tidak mungkin murah lagi. Adakah akan mencecah RM5000 seperti mana yang tertiris di laman e-dagang Lazada sebelum itu? Kita nantikan maklumat selanjutnya dari pihak Samsung dan rakan kongsi.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here