Xiaomi Bakal Perkenalkan Mi A2 Pada 24 Julai 2018 Untuk Pasaran Global?!

322
**********

Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan bahawa akan mengadakan satu pelancaran produk terbarunya pada penghujung bulan Julai 2018 di Sepanyol. Nampaknya perkara itu telah berjaya disahkan apabila forum rasmi Xiaomi telah mula berkongsi maklumat yang mendedahkan pelancaran global produk Xiaomi yang akan berlangsung pada 24 Julai ini.

Adakah ianya majlis pelancaran model Xiaomi Mi A2 yang sebelum ini hanya dijual untuk pasaran China sahaja dengan nama Xiaomi Mi 6X? Xiaomi Mi A2 dijangka akan mengekalkan sokongan spesifikasi dan juga rekaan sepertimana Mi 6X, tetapi akan menggunakan paparan antaramuka asli Android dan bukannya MIUI.

Secara ringkasnya, Mi A2 akan dilengkapi dengan paparan skrin 5.99 inci IPS LCD FHD+ yang dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dan diserikan dengan storan 128GB + 6GB RAM serta menawarkan bateri 3010mAh yang sokongan Quick Charge 3.0.

Malah keupayaan penggambaran utamanya pula didatangkan dengan dwi-kamera 12 Megapiksel + 20 Megapiksel, sementara 20 Megapiksel untuk penggambaran swafoto. Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai pelancaran ini, jangan lupa ikuti kami.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here