vivo Z1i Dilancarkan Secara Rasmi – Sokong Pemproses Snapdragon 636 & Storan Sebesar 128GB

224
**********

vivo hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu untuk pasaran China yang diberi nama vivo Z1i. Ia merupakan peranti yang dipertingkatkan daripada model Z1 yang diumumkan sebelum ini. Terdapat perbezaan yang boleh dilihat pada peranti ini seperti hadir dengan pemproses berbeza, storan lebih besar serta penggambaran yang lebih baik.

vivo Z1i menampilkan paparan skrin ‘rongak’ berukuran 6.26 inci yang dipadankan dengan panel belakang ala-gelas. Dikuasakan oleh pemproses kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 636, ia diserikan lagi dengan RAM 4GB serta storan sebesar 128GB yang boleh diperluaskan dengan kad microSD sehingga 256GB.

Menawarkan penggambaran utama 12 Megapiksel menggunakan teknologi sensor dwi piksel untuk hasil gambar seperti kamera 24 Megapiksel, sementara kamera swafoto pula hadir dengan lensa 16 Megapiksel dengan teknologi AR Stickers. Bateri berkapasiti 3,260mAh dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo di samping antaramuka FunTouch OS terbaru.

Buat masa ini, vivo Z1i hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu pada harga CNY1,898 (kira-kira RM1,151) dalam pilihan warna hitam, emas, dan merah.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here