vivo NEX Bakal Tiba Di Malaysia Sekitar Bulan Julai Hingga September 2018?!

Melalui laman Facebook vivo Malaysia, mereka telah mengumumkan bakal membawa masuk telefon pintar terbaharu vivo NEX ke pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Ini bermakna peranti ini akan dilancarkan sekitar bulan Julai sehingga September di Malaysia.

Pengenalan vivo NEX di Malaysia nanti secara tidak langsung akan memberi impak besar kepada pasaran telefon pintar daripada pengeluar lain terutamanya OPPO, kerana semua tahu OPPO bakal memperkenalkan Find X tidak lama lagi.

vivo NEX didatangkan dengan skrin penuh 6.59-inci yang menyokong pengimbas cap jari pada skrin. Nisbah skrin-ke-kerangka yang mencapai 91.3% ini memiliki resolusi skrin FHD+ 2316×1080 piksel. Dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 845, peranti ini turut dilengkapi bateri sebesar 4,000mAh dan memori RAM sehingga 8GB serta storan sebesar 256GB.

Buat masa sekarang masih tidak diketahui lagi tarikh sebenar pelancaran tersebut dan varian yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Kepada yang berminat, jangan ketinggalan mengikuti kami untuk mengetahui maklumat terkini!

You might also like