Tonton Episod Eksklusif MeleTOP & Hlive Di IGTV Hotlink & Facebook Live Astro Gempak!

462
**********

Hotlink telah bekerjasama dengan Astro untuk tontonan episod eksklusif bagi rancangan popular MeleTOP dan juga Hlive di Instagram TV (IGTV) serta Facebook Live.

Mulai 17 Julai 2018, penonton boleh menyaksikan tiga episod lanjutan bagi MeleTOP dan Hlive di akaun IGTV Hotlink serta Facebook Live menerusi laman Facebook Astro Gempak  dan Hotlink, sejurus selepas penyiaran kedua-dua rancangan tersebut di Astro RIA. Ia adalah kali pertama kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia akan dipaparkan di IGTV.

MeleTOP dan Hlive menampilkan berita hiburan terkini terbitan Astro yang paling popular, menarik berjuta-juta penonton setiap minggu. MeleTOP disiarkan setiap Selasa pada jam 9 malam, manakala Hlive pula disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam, kedua-duanya di rangkaian 123 HD dan rangkaian 104 SD.

Untuk menonton episod eksklusif MeleTOP dan Hlive di IGTV, anda boleh mengikuti Astro dan Hotlink atau layari laman Facebook Astro Gempak dan Facebook Hotlink untuk maklumat lanjut.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here