Tiada Lagi Skrin ‘Rongak’, Selamat Datang Paparan Skrin Ultra FullView!

188
**********

Tadi kami ada berkongsi dengan anda mengenai pelancaran rasmi vivo NEX yang akan diadakan pada suku ketiga tahun ini. Kepada yang belum tahu, vivo NEX kini tidak lagi menyokong paparan skrin takuk seperti model vivo sebelum ini. Kini ia hadir dengan paparan skrin baharu iaitu Ultra FullView, tanpa bezel dan takuk.

Lebih menarik, vivo NEX turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam paparan sepertimana model vivo X21 yang menjadi bualan hangat sebelum ini. Keunikan telefon pintar ini adalah kedudukan kamera depan telah disembunyikan pada bahagian atas peranti, manakala dwi-kamera utama pula dibiarkan terdedah.

Diilhamkan oleh ibu mutiara semulajadi, vivo NEX menggunakan nano-precision laser engraving untuk mengukir puluhan ribu unit difraksi warna pada panel belakang peranti ini. Selain untuk kelihatan cantik semulajadi, ianya juga dilihat lebih futuristik.

Untuk berita terkini mengenai vivo NEX, anda boleh ke Facebook vivo Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here