[Tertiris] Nokia 5.1 Plus Sokongan Penggambaran Dwi-Kamera & Skrin ‘Rongak’?!

256
**********

HMD Global dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti naik taraf daripada model Nokia 5 iaitu Nokia 5.1 Plus. Sebelum ini, terdapat juga imej tertiris yang mengatakan sebuah peranti dikenali sebagai Nokia 5.1.

Di antara perubahan ketara dapat dilihat pada model ini adalah penggunaan dwi-kamera pada lensa utamanya beresolusi 16 Megapiksel. Imej tersebut menjadi bualan hangat di media sosial selepas ianya dibocorkan oleh Tigres Mobile.

Walaupun menampilkan rekaan yang seakan sama pada model sebelum ini, khabarnya Nokia 5.1 Plus akan hadir dengan panel belakang menggunakan kaca. Bukan itu sahaja, jika dilihat daripada gambar yang tertiris, telefon pintar ini turut menampilkan paparan skrin ‘rongak’ berukuran 5.7 inci yang menjadi trend hari ini.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh HMD Global mengenai gambar yang tertiris ini.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here