Tertiris Lagi! Spesifikasi Huawei nova 3!

312
**********

Sebelum ini sudah rasmi diberitahu bahawa peranti Huawei siri nova terbaru iaitu nova 3 akan dilancarkan pada 18 Julai 2018 di negara China. Bersama dengan gambar bocor yang disebarkan, penggunaan dwi lensa pada kamera utama dan hadapan memperlihatkan teknologi AI telah disokong pada peranti baharu ini.

Terkini, vmall secara rasminya telahpun mendedah maklumat lanjut mengenai nova 3, di mana peranti ini akan menggunakan pemproses cip Kirin 970 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM, selain sokongan empat kamera. Spesifikasi ini tiba-tiba menjadi setaraf dengan P20 dan Mate 10, tetapi dengan tanda harga yang lebih mesra pengguna.

Baca Juga:

Kombinasi 24MP + 16MP pada kamera utama, serta 24MP + 2MP pada kamera swafoto dengan sokongan AI sekaligus menghasilkan gambar yang lebih cantik seperti jurugambar profesional.

Tambahan lagi sokongan Animoji yang semakin popular turut disertakan, Huawei menamakannya sebagai 3D Qmoji. Seperti biasa, anda boleh merakam animasi dengan wajah sendiri dan hantar kepada kawan-kawan.

Teknologi GPU Turbo yang menjadi perbualan tidak terkecuali dipadankan pada nova 3, pengalaman bermain permainan HD tentu akan lebih berpuas lagi!

Buat sementara ini masih tidak diketahui kemasukan nova 3 ke pasaran Malaysia, tetapi yang pasti akan datang tidak lama lagi! Berapa harga jualan? Tentu tidak setinggi mana, sebab siri nova lebih mementingkan golongan pemuda-pemudi yang suka bergaya dan pada masa yang sama, boleh menikmati teknologi canggih seperti peranti flagship.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here