[ Tertiris ] Huawei Mate 20 Pro – Kirin 980 + Pengimbas Cap Jari Pada Skrin + Pengecasan Pantas 40W + GPU Turbo

479
**********

Khabar angin mengatakan generasi terbaru selepas Mate 10 iaitu Huawei Mate 20 Pro akan dilancarkan pada bulan Oktober 2018 nanti. Seperti biasa pendedahan spesifikasi juga telah mula disebarkan di laman sesawang, terkini gambar yang dikatakan adalah Mate 20 Pro tertiris di Weibo.

Baca Juga: [Khabar Angin] Huawei Mate 20 Pro Akan Menggunakan Skrin Melengkung OLED?!

Dari gambar tertiris, jelas memperlihatkan paparan skrin hampir penuh tanpa takuk dan bezel yang nipis digunapakai pada rekaan kali ini. Selain itu, spesifikasi dalaman yang berkuasa turut menjadi titik fokus di seluruh dunia.

Cip pemproses terkini Kirin 980 dengan pengecasan pantas 40W dipercayai akan dilengkapi pada Mate 20 Pro.

Ujian Antutu menunjukkan Huawei Mate 20 mempunyai prestasi yang sangat berkuasa

Tambahan lagi teknologi pengimbas cap jari pada skrin juga akan disokong pada Mate 20 Pro, termasuk GPU Turbo yang berkemampuan meningkatka prestasi grafik. Setakat ini dengan spesifkasi yang diketahui, boleh dikatakan siri Mate baharu tidak akan mengecewakan peminatnya.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here