[Tertiris] Harga ASUS ZenFone 5z Disahkan RM1,899 – Dari Lazada

Pihak Lazada sekali lagi terdedah harga jualan peranti ASUS ZenFone 5z yang masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Berdasarkan apa yang dipaparkan di Lazada, peranti flagship ASUS ZenFone 5z akan dijual pada harga RM1,899!

Dengan tanda harga di bawah RM2000 yang menawarkan senarai spesifikasi kelas tinggi, boleh dikatakan merupakan antara peranti flagship tersedia di pasaran yang paling mampu milik.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845, bersama 6GB RAM dan 128GB ROM, ZenFone 5z hadir dengan skrin 6.2 inci nisbah 19:9, kamera utama dibekalkan seunit lensa 12MP + 120 darjah lensa sudut lebar, serta 8MP kamera hadapan.

Berikutan dengan harga tertiris ini nampaknya kehadiran ASUS ZenFone 5z ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

 

 

 

You might also like