**********

Dalam sidang media semasa kunjungan ke China bersama Huawei APAC Media China Trip 2018, pihak Huawei telah berkongsi perkembangan terkini dalam perkhidmatan peranti pintar mereka.

Selain Huawei Mobile Cloud dan Huawei AppGallery yang lebih dikenali di pasaran tempatan, perkhidmatan seperti Huawei Assistant, Huawei Pay, Huawei Video, Huawei Music, Huawei Reader dan Huawei Themes juga merupakan perkhidmatan yang mungkin bakal diperkenalkan di Malaysia.

Jadi, biar kita baca dulu apa kandungan yang tersedia dalam perkhidmatan tersebut!

 

Huawei Mobile Cloud

Perkhidmatan berasaskan awan sering didengari seperti Google Drive, iCloud dan sebagainya, Huawei yang memegang prinsip “Make It Possible” juga ingin memanfaatkan pengguna mereka dengan perkhidmatan yang lebih bagus.

Kehadiran Huawei Mobile Cloud mempunyai konsep yang sama di mana anda boleh memuat naik gambar, kontak dan data lain ke awan tanpa had. Untuk menjamin keselamatan data yang disimpan dalam awan, Huawei telah menawarkan perlindungan 9 lapisan pada perkhidmatan ini.

 

Huawei AppGallery

Seperti yang diketahui, Huawei AppGallery merupakan aplikasi pra-pasang yang tersedia dala peranti Huawei. Kedai atas talian ini bertujuan memperkayakan kehidupan seharian pengguna dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menarik.

AppGallery ini mempunyai pemeriksaan keselamatan 4-lapisan bagi setiap aplikasi, sekaligus dapat menjamin data peribadi dan privasi pengguna tidak dicerobohi.

 

Huawei Assistant

Google Assistant mungkin kerap didengari, apa kata Huawei Assistant? Pengguna Huawei mesti lebih kenali perkhidmatan ini, ia merupakan pembantu peribadi yang boleh memberikan maklumat yang diperlukan dengan pantas dan tepat.

Tambahan lagi, aliran perkhidmatan SmartCare berdasarkan Huawei Assistant juga akan berfungsi sebagai peringatan untuk anda, atau mencari perkara yang anda gemari.

 

Huawei Pay

Perkhidmatan tanpa tunai atau lebih dikenali sebagai e-wallet semakin boleh diterima oleh pasaran tempatan, selain Samsung Pay, Apple Pay atau WeChat Pay, Huawei juga mempunyai servis ini.

Huawei Pay namanya, walaupun perkhidmatan ini masih tidak ada di Malaysia, tetapi ia sangat berguna dan mudah di luar negara. Pengguna Huawei Pay boleh membuat bayaran tanpa tunai hanya melalui kad kredit yang telah didaftar dalam peranti mereka, bahkan kad tambang pengangkutan juga boleh didaftar dalam Huawei Pay ini.

 

Huawei Video

Dengan adanya kemudahan perkhidmatan awan yang sedia ada, Huawei Video menawarkan kandungan video berkualiti dalam jumlah kira-kira 5000+ filem Hollywood dan antarabangsa. Teknologi WiseVideo 2.0 juga memastikan kelancaran filem semasa menonton.

 

Huawei Music

Apa jenis aplikasi muzik yang anda sering gunakan? Spotify atau Joox mungkin ramai kan? Huawei sebenarnya ada juga perkhidmatan sebegini, namanya Huawei Music. Kandungan audio berkualiti tinggi seperti soundtrack, OST drama turut sedia dalam perkidmatan awan, selain itu saluran radio yang lebih menepati citarasa anda juga akan disediakan.

 

 

Huawei Reader

Pengguna Huawei mesti teruja dengan platform membaca secara digital pada Huawei Reader ini, kerana pelbagai bahan bacaan yang memenuhi orang dewasa, serta buku komik khas untuk kanak-kanak juga boleh dibaca melaluinya.

Selain membaca atas talian, kalau berminat juga boleh membeli secara atas talian. Buat waktu ini Huawei Reader mempunyai kira-kira 600+ ribu bahan bacaan disediakan.

 

Huawei Themes

Berapa ramai pengguna yang suka menukar tema atau font peranti anda? Berasaskan kelebihan Huawei Mobile Cloud, kandungan tema, font dan wallpaper yang ditawarkan dalam Huawei Themes sangat pelbagai, lebih menarik anda boleh bermain permainan mini pada skrin kunci.

 

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan peranti pintar Huawei di atas, satu atur cara yang diberi nama “Shining-Star Program” telah dilancarkan kepada sebanyak 450,000 pemaju di seluruh dunia. Atur cara ini membolehkan pemaju utama untuk lebih berinovasi dalam semua aspek, supaya Huawei dapat berkembang pesat di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia.

 

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here