[TEASER] Gambar Huawei nova 3 – Sokong Penggambaran Dwi-Kamera 24 Megapiksel AI

315
**********

Sebelum ini kami ada berkongsi berita mengenai pelancaran rasmi Huawei nova 3 yang akan berlangsung pada Julai 2018. Menerusi laman sosial Weibo, Huawei telah memperlihatkan gambar teaser bagi model terbarunya iaitu nova 3.

Jika dilhat daripada gambar tersebut, nova 3 bakal hadir dengan dua pilihan warna iaitu emas dan biru, serta menyokong penggambaran dwi-kamera 24 Megapiksel bersama teknologi AI.

Terdapat khabar angin bahawa telefon pintar dengan skrin takuk berukuran 6.3 inci ini bakal dikuasakan oleh pemproses Kirin 710, Octa Core 2.3GHz bersama pilihan storan 64GB/128GB serta RAM sebesar 6GB.

Dari segi penggambaran pula, Huawei nova 3 mempertaruhkan penggambaran utama 24MP + 16MP dengan teknologi AI, manakala kamera untuk penggemar swafoto pula beresolusi 24MP + 2MP. Bakal dilancarkan secara rasmi pada 18 Julai 2018 di Shenzhen China, jangan ketinggalan ikuti kami untuk berita lanjut mengenai telefon pintar ini.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here