Tahniah Kepada Xiaomi! Promosi Khas Untuk Peminat Mi Sempena Kejayaan IPO

254
**********

Tahniah sekali lagi kepada Xiaomi setelah 8 tahun berjuang dengan pencapaian yang cukup berjaya! Hari ini secara besar-besarannya, Xiaomi mengambil langkah besar dengan merasmikan kejayaan IPO di Hong Kong pagi tadi.

Apa itu IPO?

Sebenarnya IPO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud Initial Public Offer, atau dalam Bahasa Melayu ia dinamakan Saham Terbitan Awam.

Kejayaan ini membawa Xiaomi terus melangkah ke depan lagi, dengan perkembangan yang lebih meluas dari segi perkhidmatan bahkan peningkatan pada perkakasan. Oleh itu, untuk meraikan kejayaan besar ini, Xiaomi mengadakan promosi eksklusif khas untuk peminat Xiaomi.

Promosi Eksklusif bermula dari 9 Julai hingga 31 Julai:
  • Dengan setiap pembelian Redmi Note 5 (64GB), pelanggan boleh mendapat percuma Mi Powerbank 2 (bernilai RM69).
  • Dengan setiap pembelian Redmi Note 5 (32GB), pelanggan boleh mendapat Mi Powerbank 2 pada tawaran harga 50% (RM34.50) secara PWP (Purchase-With-Purchase (PWP).
  • Harga promosi Mi Band 2: RM88 (RRP: RM119)
Peraduan Mi Photographer – Dari 9 Julai hingga 31 Julai

Untuk memeriahkan lagi promosi eksklusif Redmi Note 5, Xiaomi juga akan menganjurkan pertandingan fotografi peranti pintar: The Camera Beast.

  • Peserta berpeluang memenangi hadiah menarik dari Xiaomi termasuk Mi Band 2, Powerbank 2 dan Mi Selfie Stick
  • 8 pemenang dengan gambar yang paling kreatif menggunakan hashtag #ShotOnRedmiNote5 akan diumumkan pada 1 Ogos

 

Tambahan lagi, pemenang juga akan dijemput untuk menyertai acara fotografi eksklusif dari jurugambar antarabangsa, Mars Khor dan Jeii Pong, pengaruh media sosial.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here