Spesifikasi Premiun Harga Mesra Pengguna – Huawei nova 3i Berharga RM1249 & nova 3 Berharga RM1899

878
**********

Semalam sudahpun nampak laporan berita mengenai perasmian Huawei nova 3i dan nova 3, hari ini tiba pelancaran rasmi di pasaran Malaysia. Seperti yang diketahui, siri nova baharu ini hadir dengan spesifikasi yang setanding flagship (nova 3) tetapi harga lebih mesra pengguna, nova 3i juga tidak kurang hebat fungsi dalamannya.

Baca Juga: Pandang Pertama: Huawei nova 3 & 3i, Peranti Setaraf Dengan P20?!

Spesifikasi Huawei nova 3i
  • Sistem Operasi: Android 8.1 Oreo berdasarkan EMUI 8.2
  • CPU: HiSilicon Kirin 710 (4x Cortex-A73 2.2GHz + 4x Cortex-A53 1.7GHz)
  • Skrin: 6.3 inci FullView Display 2.0 FHD+, Nisbah 19:5:9 (2340 x 1080), ~409ppi
  • Kamera Utama: 16MP + 2MP, f/2.2 aperture, PDAF
  • AI Scene: 22 objek dan pengiktirafan pemandangan termasuk Blue sky, Flower, Plant, Beach, Sunset/Sunrise, Cat, Dog, Performance, Text, Nightscape, Snow, Portrait dan sebagainya
  • Kamera Hadapan: 24MP + 2MP, f/2.0
  • AI Selfie Scene: Sky, Plant, Flower, Beach, Stage, Night
  • RAM: 4GB
  • ROM: 128GB (sokong microSD)
  • Bateri: 3,340mAh, 5V/2A
  • Slot SIM: Dual SIM (Nano SIM + Nano SIM/microSD)
  • Ciri Menarik: Pengimbas Cap Jari, Pengecaman Wajah, AI Gaming Suite, Qmoji
  • Dimensi: 157.6 x 75.2 x 7.6mm, 169g

 

 Spesifikasi Huawei nova 3
  • Sistem Operasi: Android 8.1 Oreo berdasarkan EMUI 8.2
  • CPU: HiSilicon Kirin 970 (4x Cortex A73 2.36GHz + 4x Cortex A53 1.8GHz)
  • Skrin: 6.3 inci FullView Display 2.0 FHD+, Nisbah 19:5:9 (2340 x 1080)
  • Kamera Utama: 24MP + 16MP, f/1.8 + f/1.8 aperture, PDAF
  • Kamera Hadapan: 24MP + 2MP, f/2.0 + f/2.4 aperture
  • RAM: 6GB
  • ROM: 128GB (sokong microSD)
  • Bateri: 3,750mAh, sokong Huawei Super Charge
  • Slot SIM: Dual SIM (Nano SIM + Nano SIM/microSD)
  • Ciri Menarik: Pengimbas Cap Jari, Pengecaman Wajah, IR Face Unlock, Qmoji, AI Gaming Suite
  • Dimensi: 157 x 73.7 x 7.3mm, 166g

Sokongan GPU Turbo yang dikatakan akan menjamin pengalaman bermain permainan lebih lancar dan selesa di bawah bantuan grafik yang menakjubkan, bermakna permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends dapat dimain dengan sempurna tanpa lagging la…

Harga pasaran di bagi nova 3 adalah RM1899, manakala nova 3i adalah RM1249.

Ketersediaan bagi nova 3i akan bermula pada 28 Julai 2018, bersama roadshow di Huawei Experience Store IOI City Mall, 1000 pelanggan pertama akan menerima Huawei Bluetooth Earpiece, Huawei A2 Band dan baju Nerd Unit bagi setiap pembelian nova 3i. Manakala nova 3 akan berada di pasaran Malaysia mulai 17 Ogos nanti.

Dapatkan nova 3i melalui kedai atas talian Huawei, Lazada, telco tempatan, atau SenHeng.

 

Unboxing Huawei nova 3i

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here