Sony Xperia XA2 Plus Diumumkan – Menampilkan Skrin 6.0 Inci & Swafoto 120 Darjah!

378
**********

Sony telah memperkenalkan telefon pintar terbaru yang merupakan model naik taraf bagi Xperia XA2 dan Xperia XA2 Ultra yang diberi nama Xperia XA2 Plus kepada umum. Menampilkan paparan skrin bersaiz 6.0 inci FHD+, ia menggunakan nisbah 18:9 serta dilindungi panel Corning Gorilla Glass 5.

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 630 dengan berkelajuan 2.2GHz dan GPU daripada Adreno 508, telefon pintar ini diserikan bersama memori RAM 6GB dan storan sebesar 64GB namun tiada sokongan kad microSD disediakan.

itawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, perak, emas, dan hijau.

Dari segi penggambaran pula, Xperia XA2 Plus menyokong sensor 23 Megapiksel Exmor RS dengan aperture f/2.0 serta rakaman video 4K. Manakala untuk kamera hadapan pula, sensor 8 Megapiksel menawarkan rakaman swafoto sudut lebar 120-darjah dengan aperture f/2.4 termasuk ciri efek bokeh, ubah-wajah dan juga soft skin.

Selain dilengkapi bateri berkapasiti 3580mAh dengan sokongan pengecasan pantas, Xperia XA2 Plus turut didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu hitam, perak, emas, dan hijau. Buat masa sekarang masih belum ada sebarang berita mengenai peranti ini untuk pasaran Malaysia.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here