Siri Huawei MediaPad M5 Akan Menjadi Tablet Pertama Menyokong Teknologi GPU Turbo

228
**********

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan tablet terbarunya dari siri MediaPad M5 untuk pasaran tempatan. Apa yang menariknya, baru-baru ini Huawei China telah berkongsi di laman Weibo bahawa tablet ini akan menerima kemas kini terbaru yang membawakan sokongan teknologi GPU Turbo.

Pendedahan ini secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa siri MediaPad M5 akan menjadi tablet pertama keluaran Huawei yang akan menerima teknologi yang dikhususkan untuk prestasi permainan itu. Kemas kini GPU Turbo untuk tablet ini dikatakan akan mula diterima seawal bulan Julai 2018 ini.

Memandangkan kemunculan siri MediaPad M5 sememangnya disasarkan untuk golongan muda yang gemarkan aktiviti bermain permainan mudah-alih, kehadiran GPU Turbo sudah tentunya menjanjikan prestasi grafik 60% lebih lancar berbanding sebelum ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here