Samsung Malaysia Perkenalkan ‘Program Naik Taraf Tahunan Samsung’ Buat Kali Pertama

152
**********

Bermula 2 Julai 2018 sehingga 2 September 2018, pemilik siri Galaxy S di Malaysia boleh membuat tambahan RM100 dengan setiap pembelian Galaxy S9 atau S9+ dan boleh mendapatkan ‘Perlindungan Skrin Samsung’ bernilai RM140, yang diaktifkan melalui aplikasi Samsung Members.

Lebih menariknya, pembeli juga berhak menikmati bayaran pengecualian selama satu bulan untuk peranti Galaxy S yang dibeli menggunakan Pelan Pembayaran Mudah 12 bulan di pengedar Samsung yang sah. Samsung Malaysia Electronics juga turut menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk pengguna yang ingin membeli model flagship dari siri Galaxy S tahun 2019 nanti.

‘Program Naik Taraf Tahunan Samsung’ yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia ini tersedia di semua Samsung Experience Stores yang terlibat di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang program ini, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here