Samsung Galaxy S9/S9+ Sunrise Gold Akhirnya Sampai…

109
**********

Ingat tak bulan Mei yang lalu, kami ada membuat berita mengenai Samsung Galaxy S9/S9+ menambah dua warna baharu, iaitu Sunrise Gold dan Burgundy Red di pasaran Korea dan China. Kini warna Sunrise Gold sudah rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia mulai sekarang!

Walaupun peranti ini telah pun dilancarkan pada bulan Mac lalu, tetapi kemasi kini dengan ciri-ciri baru masih dikekalkan seperti AR Emoji semakin banyak karakter dikeluarkan. Oleh itu, tawaran warna baharu nampaknya masih ada pasaran lagi, selain warna yang sedia ada iaitu Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple.

Berminat? Dapatkan di semua Samsung Experience Stores dan stor atas talian dengan tawaran harga RM3,109 (64GB) bagi Galaxy S9, serta RM3,769 (128GB) bagi Galaxy S9+.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here