Samsung Galaxy J8 Dilengkapi Super AMOLED Infinity Display – Berharga RM999

1036
- Iklan -

Masih ingat bulan Mei yang lepas, Samsung pernah memperkenalkan siri Galaxy terbaru J6 yang hadir bersama skrin Super AMOLED, memori RAM 3GB dan sokongan tiga slot kad. Hari ini satu lagi siri J diperkenalkan iaitu J8.

Galaxy J8 turut sokong paparan skrin Super AMOLED, dalam usaha memperkayakan kehidupan pengguna Samsung juga telah mempertingkatkan prestasi peranti supaya lebih membawa nilai kepada mereka.

Galaxy J8 hadir dengan paparan skrin 6 inci HD+, teknologi Super AMOLED dari Samsung sentiasa menawarkan pengalaman terunggul kepada pengguna. Paparan Infinity dibuat daripada polikarbonat premium dan direka secara ergonomik untuk memberikan pegangan yang lebih selesa.

Kamera hadapan dibekalkan lensa 16MP f/1.9 dengan sokongan LED flash, kamera utama pula jenis dwi lensa beresolusi 16MP f/1.7 + 5MP f/1.9, ciri Live Focus turut serta dalam memberikan kesan bokeh yang boleh dipilih mengikut kesukaan diri sendiri.

Galaxy J8 menawarkan 3GB RAM dan 32GB ROM dengan sokongan kad microSD sehingga 256GB, kini boleh didapati melalui semua kedai Samsung Experience dan Samsung Malaysia Online Store pada harga RM999. Manakala Galaxy J6 boleh dibeli pada harga RM749, kedua-dua peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Ungu, Hitam dan Emas.

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here