Reviu Eksklusif: vivo X21, Peranti Terawal Sokong Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan

189
**********

HARGA: RM2,299

Semakin berkembangnya teknologi hari ini, semakin berteknologi telefon pintar yang dihasilkan! Salah satunya adalah vivo X21 yang menjadi bualan hangat apabila menjadi di antara telefon terawal diperkenalkan hadir dengan sokongan cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning).

Baca Juga: Reviu Eksklusif: 10 Ciri-Ciri Menarik vivo X21

Menawarkan paparan skrin dengan nisbah 19:9, vivo turut menyediakan teknologi penggambaran dwi-kamera dengan beberapa ciri-ciri menarik! Ingin mengetahui apakah keistimewaan yang ditonjolkan pada telefon pintar ini, mari lihat reviu eksklusif yang kami sediakan ini.

:: SPESIFIKASI ::

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

:: CIRI-CIRI MENARIK ::

01 Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan

vivo X21 merupakan antara model terawal yang hadir dengan teknologi biometrik baharu iaitu sistem pengimbas cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning), selain pengecaman wajah yang dikenali sebagai AI Face Access.

Ia mampu membuka peranti lebih pantas hanya 0.1 saat sahaja berbanding telefon yang ada di pasaran hari ini.

 

02 Penggambaran Dwi-Kamera AI

Ini bukan lah peranti dwi-kamera pertama keluaran vivo kerana sebelum ini, vivo pernah hadir dengan peranti dwi-kamera bagi model V9.

Bokeh, HDR, Tetapan

Menawarkan lensa beresolusi 24MP + 5MP dengan sokongan PDAF, ini mampu menghasilkan gambar yang lebih cerah dengan dinamik warna yang lebih baik walaupun dalam pencahayaan rendah.

 

03 24MP AI Face Beauty

Sokongan teknologi AI Face Beauty pada kamera swafoto X21 dilihat sebagai perintis swafoto yang lebih sempurna kerana ia mampu mengesan jantina, umur, warna kulit dan tekstur serta persekitaran pencahayaan yang mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

HDR, Potret, AR Stiker, Tetapan

 

AR Sticker

Bagi memberi lebih keseronokan semasa mengambil gambar, telefon pintar ini telah hadir dengan pelekat AR yang menarik untuk digunakan. Pengguna boleh memilih pelekat yang disukai sebelum mengambil gambar menggunakan kamera utama ataupun swafoto.

Kini anda boleh berkongsi gambar swafoto dengan pelbagai pelekat AR menarik bersama rakan-rakan di laman sosial.

:: HASIL GAMBAR SWAFOTO ::
FACE BEAUTY

AI BEAUTY

POTRET

AR STICKER

 

04 AI Game Mode

Bagi mengelakkan pelbagai gangguan semasa bermain permainan mudah alih, X21 dilengkapi dengan ciri yang dipanggil AI Game Mode.

Mod ini akan diaktifkan sebaik pengguna membuka permainan, dalam masa sama akan menyekat sebarang mesej dan panggilan yang masuk. Ia bermakna pengguna masih boleh menerima panggilan dan mesej, tetapi diletakkan sebagai notifikasi latar belakang.

 

05 AI Smart Engine

AI Smart Engine akan mempelajari corak penggunaan anda dan secara automatik akan memastikan pengalaman penggunaan yang optimum.

Ini bermakna ia mampu menjangka apa yang anda ingin lakukan dan dalam masa yang sama menjanjikan bukaan aplikasi 20% lebih pantas.

 

06 Pemproses Berkuasa

vivo X21 adalah sebuah telefon pintar yang tidak hanya memfokuskan kepada fungsi multimedia sahaja, tetapi sesuai kepada mereka yang mementingkan prestasi sesebuah peranti.

Dibekalkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB, telefon pintar ini telah dikuasakan oleh Snapdragon 660 berkelajuan Octa Core 2.2GHz serta dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo.

:: Ujian Benchmark ::

07 Audio HiFi

Selain menitik beratkan fungsi penggambaran, vivo juga masih memberi perhatian buat penggemar muzik.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan cip audio berteknologi Hi-Fi AK4376A yang mampu menghasilkan audio yang kedengaran lantang serta sedap didengar. Malah, kehadiran teknologi Deepfield pula dapat meningktkan vokal dan menguatkan bass.

 

08 Always On Display (AOD)

Ciri ini sangat menarik kerana ia memudahkan anda melihat informasi penting seperti masa, tarikh dan notifikasi dengan lebih pantas dan senang kerana apabila fungsi ini diaktifkan, paparan akan sentiasa aktif memaparkan data tersebut.

Di samping memaparkan masa, pengguna juga boleh melihat peratus bateri yang tinggal.

 

:: HASIL GAMBAR UTAMA ::

HDR
INDOOR
INDOOR
MAKANAN
OUTDOOR
POTRET

 

:: KOMEN ::

PRO
  • Peranti terawal menawarkan sokongan pengimbas cap jari dalam paparan skrin.
  • Menampilkan paparan skrin bersaiz 6.28 inci HD Super AMOLED dengan nisbah skrin-ke-skrin 90.3% yang selesa dipegang.
  • Kamera depan 24 Megapiksel ditawarkan dengan beberapa ciri-ciri mod baru seperti AI Face Beauty dan AR Sticker.
  • Dwi-kamera utama mampu menghasilkan gambar bokeh yang cantik, ditambah dengan kehadiran mod AI Bokeh.
  • Sokong pemproses berkuasa dengan RAM dan ROM berkapasiti besar, sesuai bagi yang mementingkan prestasi.

 

KONTRA
  • Masih menggunakan kabel microUSB 2.0 dan bukannya USB Type-C yang kebanyakan digunakan oleh pengeluar sekarang.
  • Ketiadaan sokongan pengecasan pantas agak mengecewakan.
  • Fungsi pengimbas cap jari dalam paparan skrin tidak berfungsi jika tangan basah.

 

Unboxing! vivo X21 ↓↓↓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here