**********

HARGA: RM299

Nokia 1 merupakan peranti bajet yang menggunakan sistem operasi asas Android Oreo Go Edition, ia ditawarkan dalam pilihan warna Warn Red dan Dark Blue. Yang menarik adalah panel belakang yang boleh dicabut boleh didapati dalam pilihan warna Azure, Grey, Yellow dan Pink. Kalau berminat, boleh baca seterusnya peranti bajet ini mempunyai apa ciri-ciri menarik! Jom~

 

SPESIFIKASI

  • PLATFORM : Android 8.1 Oreo (Go Edition)
  • PEMPROSES : MediaTek MT6737M, Quad Core 1.1GHz
  • KAD SIM : Dual SIM / nano SIM
  • DIMENSI : 133.6 x 67.78 x 9.5mm / 131g
  • PAPARAN : 4.5 inci IPS beresolusi 854×480 piksel
  • MEMORI : 8GB ROM / 1GB LPPDDR 3 RAM (microSD sehingga 128GB)
  • KAMERA : (Utama) 5 Megapiksel + LED flash / (Hadapan) 2 Megapiksel
  • RAKAMAN VIDEO : HD 1080p
  • BATERI : Li-Po 2150mAh
  • SAMBUNGAN : LTE Cat.4, WiFi 801.11b/g/n, Bluetooth 4.2, GPS/A-GPS & microUSB 2.0
  • SENSOR : Proximity sensor, Ambient light sensor & G-sensor
  • KETAHANAN : Drip protection (IP52)
  • Drip WARNA : Warm Red & Dark Blue

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

REKA BENTUK

Rekaan Kompak

Menampilkan paparan skrin 4.5 inci, Nokia 1 masih menawarkan rekaan kompak berketebalan hanya 9.5mm dan seberat 131g.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga masih selesa dipegang walaupun dengan sebelah tangan. Malah rekaan yang kompak juga memudahkan ia diletakkan di dalam poket seluar.

 

Port & Butang

Rekaan bahagian atas telefon pintar ini kelihatan agak ringkas, di mana hanya menyediakan port untuk audio jack. Manakala pada bahagian bawah pula hanya terdapat satu port sahaja iaitu microUSB bagi tujuan pengecasan.

Selain itu, butang Power dan laras Volume pula berada di sisi kanan Nokia 1.

 

Penggambaran & Speaker

Panel belakang telefon pintar ini telah menempatkan lensa utama 5 Megapiksel dengan bantuan LED flash tulisan Nokia dan speaker.

Jika dilihat pada lensa penggambaran, jangan tertipu dengan rekaan seakan dwi-kamera ini. Penggambaran swafoto pula beresolusi 2 Megapiksel tanpa sokongan Selfie flash.

 

Slot Kad SIM & Bateri

Menyokong kerangka yang diperbuat daripada polikarbonat, panel belakang telefon pintar ini boleh dibuka dengan cara mengumpilnya.

Pada bahagian dalam terdapat bateri berkapasiti 2150mAh yang boleh ditukar ganti, manakala bahagian atas bateri pula tersedia dua slot kad SIM jenis nano SIM serta slot untuk kad tambahan microSD.

 

Pilihan Warna

Apa yang menariknya Nokia 1 ini adalah pilihan panel belakangnya yang boleh ditukar ganti dengan pilihan warna lain.

Walaupun hanya menawarkan dua pilihan warna sahaja iaitu Warm Red atau Dark Blue, tetapi telefon pintar ini hadir dengan sarung Xpress-on yang mana menyediakan empat pilihan warna lain iaitu Azure, Grey, Yellow, dan Pink.

 

KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?

Sokong Android Oreo Go Edition

Salah satu kelebihan yang ada pada Nokia 1 adalah dijalankan oleh Android Oreo Go Edition selain harganya yang mesra poket.

Kepada yang masih belum tahu, Android Go Edition diperkenalkan khas untuk telefon pintar berspesifikasi rendah yang menawarkan aplikasi lebih ringan berbanding biasa.

 

Sentuhan Antaramuka Asal

Peranti ini hadir dengan paparan antaramuka asal Android sepertimana model Nokia 6, Nokia 3 serta Nokia 5 yang sangat mesra pengguna.

Setakat yang kami gunakan, ia sangat lancar tanpa sebarang masalah lagging walaupun telefon pintar ini hanya menawarkan RAM 1GB sahaja.

 

Penggambaran
Kamera utama

Kamera utama dilengkapi bersama sensor 5 Megapiksel telah diserikan dengan pelbagai mod menarik antaranya adalah HDR, Panorama, Beautify dan juga Manual.

Kamera swafoto

Manakala kamera swafoto beresolusi 2 Megapiksel hadir dengan mod Auto, Beautify serta Manual tanpa bantuan selfie-light.

 

Aplikasi Google

Kelebihan yang dapat dilihat pada Android Go Edition adalah aplikasi Google yang diguna pakai seperti Gmail, Maps Go, Google Go, YouTube Go dan beberapa lagi hanya menggunakan separuh ruang memori dari apa yang digunakan oleh versi Android asal.

Lebih menarik, aplikasi yang ditawarkan pada peranti ini tidak melebihi 10MB dan mampu beroperasi secara offline.

 

Ketahanan Bateri

Apabila anda berada di luar dan lupa untuk membawa pengecas ataupun powerbank, Nokia menjanjikan ketahanan bateri yang jauh lebih lama dengan adanya sokongan ciri Battery saver.

Pemilihan mod ini akan mengehadkan penggunaan data apabila bateri tinggal 15% sahaja.

 

HASIL GAMBAR

INDOOR

 

OUTDOOR

 

SWAFOTO

 

 

ULASAN

Jika dilihat pada rekaan Nokia 1, ia masih memuaskan walaupun tidak menyokong rekaan unibodi, sesuai dengan harganya yang mesra poket. Rekaan kompak sebegini memudahkan pengguna meletakkan peranti ini di dalam poket atau membawanya ke keluar.

Salah satu kelebihan peranti ini adalah hadir dengan sokongan Android Oreo Go Edition, senarai aplikasi Google seperti Gmail, Maps Go, Google Go dan YouTube Go boleh sahaja digunakan secara lancar tanpa masalah.

Walaupun hadir dalam kelas rendah, Nokia 1 masih menawarkan beberapa ciri-ciri menarik padanya seperti sentuhan antaramuka asal Android, penggambaran 5 Megapiksel yang masih baik serta ketahanan bateri yang panjang.

Kepada yang sedang mencari telefon pintar bajet untuk dijadikan peranti kedua atau dihadiahkan kepada orang tua tersayang, Nokia 1 ini boleh dipertimbangkan!

 

 

Unboxing! Nokia 1 ↓↓↓

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here