**********

HARGA: RM1,899 (6GB) / RM2,299 (8GB)

Sebelum ASUS ZenFone 5z dirasmikan, siri ZenFone 5 telah mendapat banyak peningkatan terutama pada pembinaan dwi lensa dengan teknologi AI-nya. Pembaharuan besar pada penggambaran selain PixelMaster yang sekian lama dibekalkan pada peranti ASUS, kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengenalpasti persekitaran di samping menyelaras gambar menjadi lebih cantik juga merupakan kunci utama ZenFone 5 mencapai kejayaan besar.

Baca Juga:

Untuk itu, ZenFone 5z juga mendapat sokongan terunggul seperti mana ZenFone 5, lebih-lebih lagi ia berjaya disenaraikan di carta DxOMark dengan markah sebanyak 93 untuk fotografi selepas iPhone 8, dan 90 markah untuk peranti pintar di mana setaraf dengan Google Pixel, HTC U11, vivo X20 Plus dan Xiaomi Mi Note 3.

 

SPESIFIKASI KAMERA

  • Kamera Utama: Sony IMX363 12MP Aperture f/1.8, 8MP f/2.2 Aperture 120° sudut lebar
  • 1.4µm saiz piksel
  • Kamera Hadapan: 8MP Aperture f/2.0
  • 4-axis OIS (Penstabilan Imej Optikal) / Dual piksel PDAF / LED flash
  • 16 AI Scene Detection (Potret, Makanan, Langit, Padang, Tumbuhan, Laut, Senja, Salji, Bunga, Pentas, Anjing, Kucing, Pemandangan Malam, Kod QR, Teks dan Tripod)
  • AI Photo Learning
  • Mod PixelMaster: Auto, Beauty, Pro, Super Resolution (48MP), GIF Animation, Panorama, Time Lapse (dengan mod Power Saving), 8 jenis filter
  • Rakaman video 4K UHD (3840 x 2160p @ 30fps)
  • Video Slow Motion (1080p @120fps / 720p @240fps)
  • ZeniMoji: Live Emoji
  • Harga: RM1,899 (6GB RAM) / RM2,299 (8GB RAM)

 

Sekarang mari kita bersama-sama menikmati hasil penggambaran dari ASUS ZenFone 5z

 

HASIL GAMBAR

Lensa Sudut Lebar

Lensa sudut lebar pada ZenFone 5z sangat sesuai digunakan pada pemandangan, dalam bantuan HDR hasil gambar yang diambil sangat mengejutkan. Awan pada langit tepat dikenalpasti oleh AI Scene Detection, setiap unsur pada gambar juga mampu dipaparkan secara sempurna. Lampu pada dinding juga jelas nampak tanpa berlaku masalah noise (gambar 3).

 

Outdoor

 

Indoor

 

Makanan

 

Makro

 

Filter (Grayscale)

 

Malam

 

ULASAN…

Keupayaan penggambaran ASUS ZenFone 5z masih mengagumkan, dengan bantuan AI dan HDR yang dipertaruhkan peranti ini boleh dijadikan pilihan anda kerana prestasinya tinggi tetapi harga lebih mampu milik. Tambahan lagi markah setinggi 93 dari DxOMark adalah kunci utama meyakinkan pengguna dalam membuat pertimbangan.

 

Unboxing! ASUS ZenFone 5z ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here