**********

Adakah penampilan siri nova baharu menepati permintaan anda bagi langkah seterusnya dalam menukar peranti baru? Sekiranya anda masih ragu-ragu lagi, apa kata baca dahulu apa yang kami minat pada Huawei nova 3i sebelum membuat keputusan?! Kalau anda generasi yang stylo, jangan berlengah-lengah lagi! Jom~

Baca Juga: Pandang Pertama

SPESIFIKASI

Spesifikasi Huawei nova 3i
Pemproses Huawei Kirin 710
4x Cortex A73 2.2GHz + 4x Cortex A53 1.7GHz
Sistem Operasi Android 8.1 Oreo, EMUI 8.2
Paparan 6.3 Inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
FullView Display 2.0, Nisbah 19:5:9, 409ppi
Bateri 3,340mAh, 5V/2A
Memori 4GB RAM, 128GB ROM
microSD sehingga 256GB
Kamera Utama: 16MP + 2MP, f/2.2 Aperture, LED Flash, AF
Hadapan: 24MP + 2MP, f/2.0 Aperture, FF
Slot Kad Dual SIM (Nano SIM + Nano SIM/microSD)
Keselamatan Pengimbas Cap Jari, Pengecaman Wajah
Sambungan WiFi 802.11b/g/n 24GHz, Micro USB,
3.5mm Audio Jack, Bluetooth 4.2
Dimensi / Berat 157.6 x 75.2 x 7.6mm / 169g
Warna Black, Pearl White, Iris Purple
Harga RM1,249

 

 

5 PERKARA YANG KAMI MINAT…

1. Skrin 6.3 Inci FullView Display 2.0

Nova 2i merupakan peranti Huawei pertama yang hadir dengan paparan FullView, kini nova 3i telah tampil dengan paparan FullView Display 2.0 yang mampu memberikan ruang penglihatan yang lebih luas.

Paparan 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan kepadatan 409ppi dapat merasai kepuasan semasa menonton filem, video atau bermain permainan.

Rekaan takuk pada skrin mungkin tidak ramai yang suka sangat, tidak apa tutup sahaja dan kembali ke skrin penuh!

 

2. Cip Pemproses Kirin 710 Pertama

Nova 3i merupakan peranti pertama yang menghadiri dengan cip pemproses Huawei Kirin 710 dengan kelajuan 2.2GHz, di bawah 4GB RAM dan 128GB ROM cukup memadai untuk penggunaan seharian.

Tambahan lagi keupayaan teknologi AI memastikan prestasi peranti mampu mencapai tahap yang lebih menakjubkan.

 

3. GPU Turbo + AI Game Suite

GPU Turbo boleh dikatakan teknologi yang dinanti-nantikan oleh kaki gamer. Ia bukan sahaja mampu mempertingkatkan prestasi peranti dengan kelajuan yang unggul, bahkan pengalaman bermain permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends juga lebih lancar dan mempunyai grafik yang menonjol.

Panggilan masuk hanya akan dipaparkan di atas skrin

Lebih-lebih lagi, pilihan ciri AI Game Suite juga memastikan permainan tidak terganggu sekiranya ada panggilan masuk, kerana ia hanya akan memaparkan pada bahagian atas skrin dengan saiz yang kecil.

 

4. Kamera Swafoto 24MP + 2MP Sokong AI

Apa yang istimewa sangat pada nova 3i? Tentunya binaan dwi lensa pada kamera hadapan! 24MP + 2MP dengan sokongan AI mampu menawarkan penggambaran swafoto yang cukup sempurna.

Tetapan untuk kamera swafoto

Sebanyak 8 scenario boleh dikenalpasti melalui kamera swafoto ini, termasuk Blue sky, Plant, Night, Flower, Beach, Room, Snow dan Stage.

Pelbagai ciri-ciri menarik yang terbina dalam kamera swafoto
AI + HDR Pro

Gambar swafoto lebih sempurna dengan adanya teknologi AI + HDR Pro, kerana teknologi ini akan mengenalpasti pencahayaan di sekeliling anda sekaligus melaras warna yang paling tepat.
Qmoji

Animasi Qmoji membolehkan anda mereka emoji sendiri dan berkongsi kepada kawan-kawan di sosial media.

 

5. 16MP Master AI Kamera Utama

Selain kamera swafoto yang terdapat banyak ciri-ciri menarik, panel belakang yang diserikan dengan dwi lensa 16MP + 2MP ini juga sangat istimewa.

Ketepatan dan kelajuan mengenalpasti scenario pada nova 3i adalah sangat tinggi

Sebanyak 22 scenario boleh dikenalpasti menjadikan nova 3i ini antara peranti dalam kelas pertengahan yang sungguh bagus.

Tetapan kamera utama

Sokongan Master AI sentiasa menjanjikan penggambaran sama ada AI Bokeh untuk potret atau AI Assisted Composition untuk gambar dalam kumpulan boleh diambil dengan sempurna seperti peranti flagship.

Slow-Mo

 

 

HASIL GAMBAR

 

 

 

ULASAN…

Sepanjang menggunakan Huawei nova 3i, apa yang menarik minat kami selain rekaan yang seakan peranti premium, tentunya keupayaan kamera. Bagi sebuah peranti yang memfokuskan pada golongan pemuda-pemudi stylo, tidak dapat dinafikan kehebatan 24MP + 2MP kamera swafoto dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang dipertaruhkan.

Tidak kurang hebat juga kamera utama yang beresolusi 16MP + 2MP dengan sebanyak 22 scenario dapat dikenalpasti. Ketepatan dan kelajuan tidak perlu dikatakan lagi, apatah lagi ciri-ciri sampingan dengan bantuan teknologi AI memang menarik minat pengguna.

Selain penggambaran, Kirin 710 bersama GPU Turbo juga berjaya mengekalkan kelancaran peranti dan ini tentu disukai ramai kaki gamer. Dari rekaan elegan hingga kualiti dalaman, nova 3i membuktikan ia sebuah peranti premium yang berharga mampu milik khas untuk pemuda-pemudi.

 

Unboxing Huawei nova 3i ↓↓↓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here