**********

Kalau di sisi anda selalu ada member-member yang tanya, “Saya nak beli tablet, model apa ya sesuai?” Biasanya apa yang anda akan jawab dan apa kriteria yang diperlukan untuk sesebuah tablet.

Walaupun kewujudan tablet hanya semata-mata untuk menonton filem dan drama, serta melayari Internet dengan lebih selesa, tetapi bagi sesetengah kaki permainan peranti ini juga sangat sesuai untuk dijadikan gaming tool, kerana saiz yang sesuai dan yang penting lebih mudah dan selesa dibawa ke mana-mana.

Baca Juga: Pandang Pertama

Kehadiran Huawei MediaPad M5 menjadi tumpuan utama kerana selain sistem audio berkualiti Harman Kardon dan paparan skrin 2K yang mempunyai grafik teruja, cip pemproses Kirin 960 bersama Android 8.0 dan EMUI 8.0 dengan 4GB RAM dan 64GB ROM juga menyerlahkan lagi pengalaman bermain.

Ingin tahu lebih teliti, baca seterusnya…

 

Unboxing! Huawei MediaPad M5 ↓↓↓

 

SPESIFIKASI

Spesifikasi Huawei MediaPad M5
Pemproses Kirin 960
Sistem Operasi Android 8.0 Oreo, EMUI 8.0
Paparan 8.4 inci, 2.5D curved skrin, 2560 x 1600 piksel
Bateri 5,100mAh, Pengecasan Pantas 9V/2A
Memori 4GB RAM, 64GB ROM (sokong microSD)
Kamera Utama: 13MP f/2.2, PDAF
Hadapan: 8MP f/2.2, FF
Slot Kad Single Nano SIM
Audio Dual Stereo Speaker, Huawei Histen, Harman Kardon
Keselamatan Pengimbas Cap Jari
Sambungan USB Type-C
Dimensi / Berat 212.6 x 124.8 x 7.3mm / 316g
Warna Champagne Gold, Space Gray
Harga RM 1,499

 

 

CIRI-CIRI ISTIMEWA

Cip Pemproses Kirin 960

Huawei MediaPad M5 lebih memfokuskan pengalaman semasa bermain, jadi cip pemproses HiSilicon Kirin 960 Octa-core 2.4GHz telah dibekalkan padanya.

Melalui ujian benchmark Antutu, jelas nampak prestasi MediaPad M5 agak memuaskan terutamanya lebih bagus daripada LG V30 yang beroperasi di bawah Snapdragon 835.

 

Kapasiti Bateri 5,100mAh

Kapasiti bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas sebenarnya sangat diperlukan oleh pengguna tablet yang suka menonton filem, apatah lagi kaki gamer!

MediaPad M5 mempunyai ketahanan yang boleh dikatakan memuaskan, tambahan lagi pengecasan pantas hanya kurang daripada 2 jam untuk sekali isian penuh.

 

Kamera Boleh Tahan

Walaupun kamera bukan titik fokus utama pada MediaPad M5, tetapi prestasi penggambarannya tidak mengecewakan kerana 13MP kamera utama juga hadir dengan pelbagai fungsi menarik, seperti HDR, Panorama, Time Lapse, Filters, Watermarks, Food, Mod Pro dan sebagainya.

Kamera hadapan pula beresolusi 8MP, sokongan face beauty juga disediakan.

 

HASIL GAMBAR

Indoor
Makro
Malam
Outdoor

 

IPEGA 9023 ALAT KAWALAN PERMAINAN

Peranti pintar gaming semakin hit di pasaran, berikutan dengan Razer, Xiaomi, Nubia dan ASUS ROG, Huawei juga tidak ketinggalan! Memandangkan peranti pintar masih terhad pada ukuran skrin yang tidak cukup puas sekiranya bermain permainan, jadi MediaPad M5 telahpun hadir bersama alat kawalan permainan yang dikenali sebagai ipega 9023.

Alat kawalan permainan ini boleh disambungkan melalui Bluetooth, sesuai dipadankan pada peranti Android, iOS, MAC OSX dan Win XP/7/8/10. Ia sangat selesa dipegang dan yang penting, ada feel semasa bermain permainan.

Panel Depan
Bahagian Atas
Bahagian Bawah
Panel Belakang

 

Cara Menyambung Huawei MediaPad M5 dan ipega 9023

Langkah 1: Tekan butang “X” dan “Home” secara serentak, sehingga lampu “SEARCH” berkelip-kelip.

Langkah 2: Aktifkan Bluetooth di Huawei MediaPad M5, dan tekan “Search”.

Langkah 3: Tekan “Pair Device” apabila berjaya mengesan “ipega Extending Game Controller”.

Langkah 4: Lampu “SEARCH” akan terus menyala setelah sambungan berjaya dibuat.

 

Testing! Testing! Testing!

 

 

PRO
  • Paparan skrin 2K sangat menarik
  • Dual speaker di bawah sokongan Harman Kardon menawarkan kualiti audio yang premium
  • HiSilicon Kirin 960 membawa prestasi yang cukup memuaskan
  • Kapasiti bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas
  • ipega 9023 Alat Kawalan Permainan mempunyai rasa pegangan yang selesa, tambahan kawalan jenis fizikal lebih mudah diakses.

 

KONTRA
  • Tidak menyokong Dual SIM
  • 316g agak berat jika bermain permainan dalam masa panjang kecuali menggunakan gamepad.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here