Rasmi! Bertemu vivo NEX Pada 23 Julai 2018!

Okay, FIFA World Cup sudah pun menutup tirai dengan negara Perancis memegang pingat piala untuk tahun 2018. Seperti yang diketahui, vivo adalah penaja utama untuk acara bola FIFA 2018 dan ini telah membawa pendedahan yang sangat tinggi pada jenama ini kepada seluruh dunia.

Setelah vivo NEX rasminya dilancarkan di negara China pada bulan Jun yang lepas, akhirnya tiba giliran pasaran tempatan menjemput kehadirannya. Melalui jemputan media dari pihak vivo, peranti ini bersiap sedia berjumpa dengan peminatnya pada 23 Julai 2018 nanti.

Pembinaan kamera hadapan yang unik di mana ia hanya akan muncul setelah kamera hadapan diaktifkan ini telah menjadi topik hangat vivo NEX pada bila-bila masa. Penggunaan teknologi canggih yang lain seperti cip pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM, 256GB ROM, kapasiti bateri 4000mAh dan skrin sebesar 6.59 inci turut hadir pada vivo NEX.

Berapa tawaran harga jualan untuk vivo NEX, kita tunggu pelancaran pada 23 Julai ini ya~

 

 

You might also like