Qualcomm Adreno Turbo, Pesaing Baharu GPU Turbo?!

496

Perkembangan peranti sedang mengarah ke arena permainan mudah alih, setelah GPU Turbo dari Huawei diperkenalkan, baru-baru ini ada berita terkini dari Qualcomm di mana mereka juga dalam proses mengeluarkan teknologi yang hampir sama dengan GPU Turbo, yang dikenali sebagai Adreno Turbo.

Baca Juga: Reviu Eksklusif: Huawei MediaPad M5

Melalui gambar yang disebarkan di laman sesawang, satu sidang media bakal berlangsung pada 2 Ogos 2018 bertempat di Shanghai China. Jika Qualcomm melancarkan teknologi Turbo sendiri, maka peranti yang menekankan prestasi permainan seperti Xiaomi 8, One Plus 6 dan Black Shark pasti akan membawa pengalaman bermain yang lebih lancar dengan kelajuan yang dipertingkatkan.

Di samping itu, terdapat juga laporan bahawa Qualcomm akan bekerjasama dengan beberapa pengeluar permainan dalam memperluaskan lebih banyak sokongan pada permainan kerana GPU Turbo buat masa kini hanya sokong pada PUBG Mobile dan Mobile Legends sahaja.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here