Presiden Honor Mengesahkan Pelancaran Honor Note 10 – Sokong Skrin Super AMOLED 6.9 Inci

512
**********

Pada bulan Jun lepas, George Zhao selaku Presiden honor pernah mengeluarkan kenyataan untuk memperkenalkan model terbaru honor Note 10 yang memfokuskan pada aspek paparan skrin besar. Sebenarnya siri honor Note ini bukanlah baru pertama kali diperkenalkan di pasaran kerana sebelum ini honor pernah melancarkan honor Note 8 pada tahun 2016.

Selepas menyepi hampir dua tahun, honor kini telah bercadang untuk mengembalikan semula siri tersebut pada tahun ini dengan kehadiran honor Note 10. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden honor iaitu George Zhao melalui akaun rasmi Weibo miliknya. Berbeza dengan generasi sebelum ini, honor Note 10 dipercayai menyokong skrin lebih besar berukuran 6.9 inci menggunakan panel Super AMOLED.

Dikuasakan oleh pemproses Kirin 970, telefon pintar ini dipercayai akan turut menyokong teknologi GPU Turbo sama seperti model honor 10 GT yang baru sahaja dilancarkan di China. Sungguhpun begitu, buat masa ini honor masih lagi belum mendedahkan spesifikasi dan juga tarikh pelancarannya.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here