Potongan Harga Sehingga RM400 – Huawei Mate 10 Pro Kini Berharga RM2,699

191
**********

Huawei Mate 10 Pro adalah sebuah telefon pintar yang menawarkan kamera berteknologi Leica telah mendapat sambutan yang hangat semenjak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu. Hasil gambar yang diambil menggunakan telefon pintar ini juga sangat baik memandangka ia antara telefon pintar terawal dikuasakan teknologi AI (kecerdasan buatan).

Hari ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan penurunan harga bagi model tersebut. Kini pengguna boleh mendapatkan Mate 10 Pro pada harga RM2,699 dengan potongan sebanyak RM400 berbanding harga asal RM3,099. Harga ini berkuatkuasa bermula hari ini sehingga pada masa akan datang.

Lebih istimewa, dengan setiap pembelian Huawei Mate 10 Pro di Lazada, penggun akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM799.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, boleh layari laman Facebook Huawei Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here