Pelancaran Rasmi Razer Pay Di Malaysia – Aplikasi e-Dompet Pelbagai Guna

Satu lagi aplikasi e-Dompet yang dikenali sebagai Razer Pay telahpun diperkenalkan secara rasmi di Malaysia hasil kerjasama bersama Berjaya Corporation Berhad. Melalui kerjasama ini, Razer Pay berfungsi sebagai dompet digital yang membolehkan anda membayar, menerima, memindahkan duit dengan hanya menggunakan peranti pintar.

Razer Pay boleh ditambah nilai menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian seperti Ambank, Bank Islam, CIMB, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank, dan RHB Bank atau menerusi rangkaian 7-Eleven di seluruh Malaysia. Sebaik akaun Razer Pay sudah dikreditkan, pengguna boleh membuat tambah nilai kredit prabayar atau membeli perkhidmatan servis zGold MOLPoints, iflix, NJOI dan beberapa lagi.

Selain itu, anda juga boleh gunakan Razer Pay untuk membuat pembayaran di lebih 6,000 kedai di seluruh Malaysia antaranya 7-Eleven, Starbucks, Singer, Cosway, Greyhound Cafe, Wendy’s, Kenny Rogers, Krispy Kreme, 99 Speedmart, Tealive, Thundermatch, Sweet Hut, dan banyak lagi.

Sebagai menyambut Razer Pay di Malaysia, setiap pendaftaran akaun Razer Pay akan menerima kredit sebanyak RM10 dan ia boleh terus digunakan pada bila-bila masa. Tawaran ini boleh dinikmati bermula 4 Julai sehingga 30 Ogos 2018.

Muat turun Razer Pay :

You might also like