Pelancaran OPPO Find X Di Malaysia Bakal Diserikan Dengan Kehadiran Lamborghini?!

310
**********

Sedia maklum bahawa telefon pintar OPPO Find X akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Julai 2018. Adakah model Lamborghini juga akan dijual di Malaysia? Perkara ini masih belum terjawab, tetapi OPPO Malaysia ada memberi sedikit petunjuk di mana Find X edisi Lamborghini bakal tampil di majlis pelancaran Find X yang akan berlangsung 17 Julai nanti.

Selain dilengkapi logo Lamborghini pada telefon pintar ini, keistimewaan edisi Lamborghini ialah dilengkapi dengan sistem pengecasan terbaharu yang dipanggil Super VOOC Flash Charge. Sangat sinonim dengan Lamborghini yang mengeluarkan kereta-kereta pantas, teknologi pengecasan ini juga dikatakan mampu memenuhkan bateri pada OPPO Find X hanya dalam masa 35 minit sahaja.

Telefon pintar edisi Lamborghini ini tidak didatangkan dengan panel gelas dibelakang, sebaliknya menggunakan kemasan Carbon Fibre dengan logo Lamborghini yang kelihatan lebih mewah. Perkakasan lain yang turut menjadi pelengkap ialah pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 8GB, serta storan sebesar 512GB.

Kita sama-sama nantikan majlis pelancaran OPPO Find X pada 17 Julai 2018. Jangan lupa untuk menonton siaran langsung di Facebook OPPO Malaysia kerana ada hadiah menarik menanti untuk penonton bertuah. Tanda kalenda sekarang!

3D Structured Lighting

The 3D Cameras consists of the 3D structured light facial recognition, that can project 15,000 dots on the user's face and build a 3D model of user's face to do the unlocking. The light detecting system accurately identifies the user's characteristics and unlocks your phone even in a pitch black environment. #OPPOFindX #Futuristicflagshipphone

Posted by OPPO on Selasa, 10 Julai 2018

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here